KUALA LUMPUR – Semua projek pembangunan baharu di ibu negara akan ditangguhkan sementara sehingga satu jawatankuasa ditubuhkan.
Menteri di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, perkara itu diputuskan susulan beberapa kejadian mendapan tanah yang berlaku di Jalan Masjid India, di sini baru-baru ini.
Sehubungan itu, Zaliha berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang memperkukuhkan prosedur operasi standard (SOP) pembangunan di Kuala Lumpur.
“Kita akan mengambil kira kajian geo-teknikal walaupun sebenarnya ia ada dilakukan sebelum ini khususnya untuk kawasan bercerun. Tapi untuk masa akan datang, kita akan lihat juga jika ada keperluan untuk kawasan-kawasan yang rata.
“Ini kerana dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan yang terlalu tinggi menyebabkan struktur tanah menjadi lebih lembut.
‘Jadi, buat sementara waktu, kita akan tangguh dulu projek (pembangunan) sehingga jawatankuasa ditubuhkan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau lokasi kejadian longkang runtuh yang menyebabkan lubang besar di Jalan Pantai Permai, Kamoung Kerinchi, di sini hari ini.
Jumaat lalu, seorang wanita warganegara India dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Dalam pada itu, satu lagi insiden tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, hari ini. – Iteenews