Dua anggota polis parah ketika musnahkan bom

TEMPAT kejadian di Jalan Tabah Taman Sri Lambak di Kluang yang dikatakan runtuh secara tiba tiba ketika tugas pemusnahan bom oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen IPK Johor petang tadi.

TEMPAT kejadian di Jalan Tabah, Taman Sri Lambak di Kluang yang dikatakan runtuh secara tiba-tiba ketika tugas pemusnahan bom oleh Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor petang tadi.

KLUANG – Dua anggota polis daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor cedera parah selepas tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, anggota terlibat ialah Koperal Abd Halim Zainal dan Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

Difahamkan Abdul Halim mengalami pernafasan tidak stabil, patah tulang pinggul dan tulang rusuk serta pendarahan dalam perut, manakala Muhammad Faruuqi mengalami pernafasan tidak stabil dan patah tulang paha.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh terbabit tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya belum mempunyai butiran lanjut mengenai tahap kecederaan, tetapi saya boleh mengesahkan anggota polis yang terbabit dalam kejadian itu dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi media. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *