Konsert Rindu Bayangan tribute buat Omar Taib

lead 2 pakai atas

FAIRUZAHRI (dua dari kanan) bersama Ronnie Hussein (kiri) menunjukkan poster Konsert Rindu Bayangan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Yayasan Wa­risan Johor (YWJ) bakal me­ngadakan Konsert Rindu Baya­ngan pada 28 September ini sebagai tribute kepada maestro muzik Johor, Allahyarham Omar Taib.

Pengarah YWJ, Fairuzahri Jalaluddin berkata, konsert itu akan menampilkan sembilan artis popular tanah air yang akan membawakan 24 buah lagu gubahan Allahyarham.

“Antara lagu tersebut terma­suklah Rindu Bayangan nyanyi­an kumpulan Carefree dan juga Siapa Dia Sebelum Daku nya­nyian Roy dan Francissca Peter.

“Konsert ini inisiatif kerajaan negeri dalam menghargai jasa dan pengorbanan Omar Taib atau lebih dikenali sebagai OT. ­Allahyarham merupakan seorang komposer prolifik, penggubah lagu dan pemimpin orkestra industri muzik tanah air.

“Walaupun Allahyarham telah meninggalkan kita sejak 2019, namun lagu-lagunya malar segar dan masih lagi dimainkan di corong-corong radio sehingga hari ini,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ujar beliau, pihaknya akan menggunakan medium konsert berkenaan untuk mempromosikan sejarah termasuklah hasil seni anak jati Johor itu yang telah menghasilkan hampir 300 buah lagu sepanjang kariernya.

57504458 2656239641071434 7705342552190222336 n
ALLAHYARHAM OMAR TAIB

“Kita sasarkan seramai 450 pengunjung pada konsert selama dua jam lebih itu, dengan persembahan dipecahkan kepada tiga segmen berbeza ter­ma­suk permulaan perjalanan Allahyarham sebagai anak seni.

“Walaupun lagu-lagu Allahyarham meniti kemuncak populariti buat golongan lebih berusia, namun kami yakin konsert ini bakal turut mendapat sokongan gene­rasi muda,” ujarnya yang memaklumkan Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Muzik Bahagian Pengurusan Acara di YWJ.

Antara artis yang bakal membuat persembahan, Ronnie Hussein berkata, dia teruja untuk mempersembahkan tiga buah lagu Allahyarham termasuk secara duet dan medley.

“Banyak ilmu dalam bidang muzik yang telah diajarkan kepada saya dan saya yakin ramai masih meminati karya beliau,” katanya.

Selain Ronnie, antara artis lain yang turut terlibat termasuklah Azlan&The Typewriter; Asmidar; Dayangku Intan; Amira Othman; Syura Badron; Azizul Haqim, ­Kudien dan Nomad.

Tiket Konsert Rindu Bayangan berharga RM70 dan RM60 boleh diperolehi di laman web CloudJoi.com bermula 28 Ogos (hari ini). – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *