Kredit : Lazada
KUALA LUMPUR, 27 Ogos(Iteenews) — Lazada,platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara hari ini mengeluarkan laporan tahunanimpak alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)bertajuk ‘MempercepatkanInovasi, MengukuhkanKetahanan’ bagi tahun kewangan (FY) 2024.
Dalam kenyataannya hari ini Lazadamemaklumkan laporan itu adalahusaha dan pencapaian berterusanLazada Group, berasaskanempat teras utamarangka kerja ESG iaitu pemerkasaankomuniti, tenaga kerja sediamasa depan,Forex pengawasanalam sekitar dan tadbir urus yang berkesan.
Menurut kenyataan itu antara yang menjadi sorotanutama dalam laporan itu ialah pengenalan platform pengumpulan data karbon dalaman yang dibangunkan untuk mengesan dan memantau pelepasan karbon kumpulan itu.
Platform tersebut menggunakan metodologi pengiraan karbon berasaskanaktiviti yang ditambah baik dansentiasa diperhalusibagi mencerminkankeadaan dunia nyatasekali gus memperoleh maklumatlebih tepat bagipengurusan pelepasan yang berkesan.
“Penambahbaikan ini meningkatkan kualiti dan ketepatan data untuk pelepasan gas rumah hijau (GHG) Skop 1 dan Skop 2, menjadikannya lebih kukuh berbanding tahun sebelumnya. Secara khususnya, pelepasan yang dilaporkan telah menurunsebanyak 54 peratus dalam Skop 1, masing-masing8 peratus dan 30 peratus untuk Skop 2 danSkop 3.
“Pelaksanaan pelbagai inisiatif pengoptimuman perniagaan bagimengurangkan penggunaan elektrik secara keseluruhan juga menyumbang penurunan 40 peratus dalam keseluruhanpelepasan GHG Lazada berbanding tempoh laporan sebelum ini,” menurut kenyataan itu.
Ketua Pegawai EksekutifLazada Group James Dong dipetik dalam kenyataan itu sebagai berkata laporan tersebutmenunjukkan komitmen berterusan untukmemberiimpak positif terhadap alam sekitar dan pihak berkepentingan utamadalam ekosistem e-dagangan termasuk pekerja, pembeli, penjual dan komuniti.
“Keyakinan kami terhadap masa depan Lazada berdasarkan komitmen kami untuk memupuk pertumbuhan jangka panjang menerusi penyesuaian berterusan dan pembinaan ketahanan. Kami tetap fokus untuk membina nilai bagi pemegang kepentingankami, memacukemakmuran ekonomi dan menyokong pembangunan lestaridi seluruh rantau ini,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Am Lazada GroupLazada Gladys Chun berkata kelestarian merupakan usaha berterusan yang perlu diurus secara holistik, sehubungan itu pihaknya percaya terhadapketelusan dan kebertanggungjawaban dalam penjejakan dan pelaporankemajuan yang dicapai.