JAKARTA – Perbuatan seorang gadis selamba berjoget sambil mengenakan pakaian seksi di khalayak ramai mengundang perhatian netizen, lapor portal berita Radar Semarang semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nenktainment, gadis itu dilihat membuat persembahan sempena meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79 pada 17 Ogos lalu.
Meskipun memakai tudung, dia dilihat berjoget sambil mengenakan skirt pendek paras peha manakala kakinya ditutup dengan stokin warna kulit.
Lebih mengejutkan, dia melakukan tarian ‘pelik’ seperti menggelek badan dan punggung.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mendapat lebih 114,000 tontonan bersama 738 komen.
“Ini bukan tentang kebebasan menunjukkan bakat, tetapi ini tentang adab sebagai seorang manusia,” sindir netizen.
“Sana yang berjoget, sini yang malu,” sindir netizen lain. – AGENSI