fb Zahid Hamidi
JOHOR BAHRU, 26 Ogos (Iteenews) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa kononnya terdapat perebutan dalaman melibatkan sayap Pemuda dan Wanita berhubung calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata keputusan akhir mengenai calon akan dimuktamad oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi parti dan gabungan tersebut.
"Tiada perebutan calon, yang menentukan adalah Pengerusi BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johordi kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar angin kononnya berlaku perebutan antara kedua-dua sayap parti itu sebelum ini.
Ahmad Zahid berkata nama calon bagi PRK itu akan dimuktamadsebelum 14 Sept ini bersesuaiandengan strategi yang sedang dirangka.
Beliau berkata paling penting BN berhasrat memenangi PRK itu sekali gus mempertahanmajoriti yang diperoleh penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
"Jumlah pengundi di DUN Mahkota adalah tiga kali ganda berbanding DUN Nenggiri, jadi lain padang lain belalangmaka pendekatan juga harus berbeza. Di Nenggiri hanya ada 19 pengundi Cinamanakala di DUN Mahkota, 34 peratus pengundi adalah masyarakat Cina.
"Jadi DAP ada peranan, begitu juga MCA. Selain itu, sebanyak lapan peratus pula adalah pengundi India, jadi kita juga memerlukan kerjasama MIC dan parti-parti Sahabat BN," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 28 Septmanakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.