Terlalu \’desperedo\’ kejar kuasa, inilah sikap pembangkang – Ramanan

ramanan

Ramanan (depan, lima dari kiri) pada sesi sembang santai bulan kemerdekaan bersama komuniti Saujana Utama.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia diingatkan untuk menghayati nilai-nilai kemerdekaan demi keamanan, kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan ‘Negaraku’ yang tercinta ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, bahkan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama ‘team perpaduan’ dianggotai oleh kepimpinan parti lain telah meletakkan negara di landasan yang terbaik.

“Perkembangan ekonomi negara juga semakin baik, menyerlah dan berada di landasan terbaik. Pelbagai rancangan dan program sedang diusahakan oleh Kerajaan Madani demi menjamin harapan rakyat.

“Perpaduan rakyat merupakan kekuatan kita. Inilah keunikan negara kita. Janganlah gunakan sentimen agama dan kaum sebagai modal politik. Jangan syok sendiri fakta untuk kepentingan diri sendiri untuk mencari modal politik.

“Terlalu ‘desperado’ (terdesak) dan ghairah mahu mengejar kuasa. Inilah sikap pihak pembangkang hari ini. Segalanya dipolitikkan. Hormatilah perlembagaan dan kedaulatan undang- undang. Hormati titah Baginda Raja-Raja Melayu demi kestabilan pentadbiran negara. Daulat Tuanku,” katanya pada hantaran Facebook.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, sempena bulan kemerdekaan, beliau turut meluangkan masa turun sekitar kawasan Saujana Utama untuk bertemu dengan wakil komuniti, ketua-ketua kampung dan barisan kepimpinan komponen Kerajaan Perpaduan serta komuniti untuk sesi sembang santai.

“Semasa sesi tersebut saya mendengar pandangan dan cadangan daripada penduduk untuk proses penambahbaikan dan tambah nilai di kawasan Sungai Buloh.

“Saya akan pastikan yang terbaik untuk warga Sungai Buloh. Itulah keutamaan saya selaku Ahli Parlimen kawasan ini. Program seperti ini amat penting untuk kita berkongsi maklumat sahih antara satu sama lain,” ujarnya. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *