Tanah jerlus Masjid India: Indah Water Konsortium akan guna teknik ‘flushing’

Maimunah ketika sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Maimunah ketika sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd akan menggunakan teknik ‘flushing’ di lurang kumbahan, di sini, berikutan tiada sebarang petunjuk didapati dalam mencari mangsa tanah jerlus di Masjid India yang hilang sejak Jumaat lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pasukan penyelamat hari ini mencari mangsa tanah jerlus di lurang kumbahan 5 (Agro Bank) dan 6 (Jalan Kinabalu).

“Bomba juga sedang menjalankan carian di ‘end point’ iaitu di loji IWK Pantai Dalam.

“Di samping, pihak IWK akan menjalankan kerja-kerja ‘flushing’ di hiliran dan mereka juga mempunyai ‘mapping’ yang lengkap dalam kawasan ini dan bersetuju untuk menjalankan ‘integrity test’ di kawasan ini,” katanya ketika sidang akhbar di sekitar Masjid India, hari ini.

Difahamkan, teknik ‘flushing’ itu masih dalam perbincangan dan dijangka dilaksanakan hari ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, pasukannya mendapati arus air di dua lurang terbabit agak perlahan.

“Semalam pasukan penyelamat tidak menemukan apa-apa petunjuk di enam ‘manhole’.

“Bila carian semula dilakukan di ‘manhole’ 5 dan 6 (Jalan Kinabalu) didapati, arus di situ agak perlahan, kemungkinan ada ‘debris’ (serpihan atau sesuatu).

“Hasil carian di kedua-dua lurang negatif jadi sebab itu teknik ‘flushing akan digunakan,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pasukan penyelamat menumpukan pencarian mangsa wanita warga India, 48, di dua lurang kumbahan berdekatan Agro Bank dan Jalan Kinabalu.

Pencarian mangsa dimulakan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. -Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *