Powercat Pawfect Run For Fun himpun pencinta kucing

larian baru 67

Sebahagian daripada pengurusan kanan Adabi dan juga peserta bergambar bersama sebelum sesi perlepasan Larian Powercat Pawfect Run For Fundi Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Larian Powercat Pawfect Run For Fun berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 1,500 peserta baru-baru ini.

Program larian sejauh lima kilometer yang berlangsung di Taman Botani di sini, dianjurkan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) itu bertujuan untuk memberi peluang pihak penganjur mendekati pengguna yang telah setia bersama syarikat selama 40 tahun khususnya dengan jenama Powercat.

Powercat Pawfect Run For Fun adalah penganjuran kali keempat sejak penganjuran terakhirnya pada tahun 2018.
Aktiviti larian yang telah berlangsung pada pukul 7.30 pagi itu turut disertai pelbagai kaum tanpa mengira usia serta latar belakang.

Selain larian, kemeriahan turut dirasai dengan kehadiran kira-kira 3,000 pengunjung dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada orang ramai.

mahadzir.jpg34
Syed Mahadzir

Antara aktiviti sampingan yang diadakan adalah lukisan muka, karikatur, badut dan permainan yang turut disertai ibu bapa pengunjung.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan istimewa rakan Powercat iaitu Alif Satar and The Locos dan juga kehadiran kucing ‘King Oyen’ yang menambat hati peminat kucing yang hadir pada program berkenaan.

Turut diadakan jualan pelbagai produk Adabi seperti rencah masakan termasuk produk Po­wercat selain penyertaan jualan daripada perusahaan kecil dan sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutif A­dabi, Syed Mahadzir Syed Manshor berkata, program la­rian itu adalah untuk menghimpun seramai mungkin pencinta kucing.

“Penganjuran program ini juga adalah sebagai tanda te­rima kasih kami atas sokongan yang diberikan oleh pengguna sejak penubuhan Powercat sembilan tahun lalu,” katanya.

oyen12
Peserta menunjukkan salah seekor kucing comel dengan gayanya tersendiri mendapat perhatian pengunjung program larian Powercat Pawfect Run For Fun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelepasan Larian Powercat Pawfect Run For Fun di sini.
Produk Powercat adalah makanan kucing keluaran Adabi yang merupakan pemilikan bumiputera dan telah dilancarkan sejak tahun 2015.

Produk yang dikilangkan sepenuhnya di Rawang, Selangor itu terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan kering dan makanan basah.

Ia sesuai dimakan oleh semua jenis ku­cing seawal umur satu bulan.

Produk berkenaan juga tidak mempunyai sebarang bahan pengawet, bahan pewarna dan juga tiada garam tambahan.

Selain itu, PowerCat turut menawarkan produk Powersand iaitu pasir kucing.

“Kami juga akan memperkenalkan cat collar (kolar kucing) tidak lama lagi,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Syed Mahadzir berkata, Powercat kini telah dikenali di seluruh negara dan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan produk ber­kenaan ke pasaran dunia.

“Kita telah memasuki Filipina, Singapura dan Brunei, tidak lama lagi kita juga akan menembusi Thailand, Vietnam serta United Kingdom (UK).

“Nilai jualan Powercat adalah RM60 juta setahun dan kita sasarkan mencecah sehingga RM100 juta pada tahun ini. -KOSMO!ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *