Pengantin bijak jimat kos, hidang piza untuk tetamu

Kos kahwin1

JAMIE dan Sam mengadakan majlis perkahwinan paling sederhana. Foto SWNS/rt.shoota

LONDON  –  Sepasang pengantin baharu yang bijak membelanjakan kurang £3,000 (RM17,340) untuk majlis perkahwinan mereka dengan memesan piza untuk tetamu, lapor portal berita Manchester Evening News semalam.

Jamie-Louise, 22, dan suaminya, Sam Phillips, 25, mahu mengurangkan kos kerana purata perbelanjaan majlis perkahwinan di United Kingdom agak mahal iaitu sekitar £20,000 (RM115,605).

Mereka bergelut mencari lokasi sesuai dan akhirnya menyewa sebuah penginapan dan halaman Airbnb selama tiga hari pada harga cuma £600 (RM3,465) di Norwich. 

Jamie dan Sam menghias sendiri hartanah tersebut  dan menyewa perabot dengan harga £300 (RM1,732). Mereka turut berbelanja £85 (RM490.95) untuk dekorasi.

Pasangan itu memutuskan untuk membatalkan hidangan mewah, sebaliknya berbelanja  £200 (RM1,155) untuk makanan termasuk piza berharga  £130 (RM750.87).

“Ramai tetamu berkata, ini adalah majlis perkahwinan paling menarik yang pernah mereka hadiri selain berasa sangat santai,” kata Jamie selepas mengira semua perbelanjaan untuk majlis itu kurang £3,000.- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *