PRK DUN Mahkota: BN Guna Pendekatan Hibrid, Gabung Jentera Bersama Parti Kerajaan Perpaduan

aaabc9fee2f646502168d2541b6944b566c98f8a8d1b3Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat reruai pada Program Eksplorasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera partiitu bersamaparti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana demografi di kawasan itu yang mempunyai 66,000 pengundi, terdiri daripada pelbagai kaum dan segmen.

“Oleh kerana terdapat kira-kira 35 peratus daripada 66,000 pengundi di Mahkota itu terdiri daripada pengundi keturunan Cina, jadi kita menyantuni semua parti dalam komponen Kerajaan Perpaduan untuk memobilisasikan jentera yang ada.

“Untuk itu ada segmentertentu yang kita beri kepada DAPdan ada segmenyang lain kita beri kepada MCA. Begitu juga terdapat lebih kurang8,000 pengundi India dan inikita minta MICuntuk gerakkan jenteranya bersama dengan kepimpinan dan ahli India dalam PKR, dan kita benar-benar lakukan pendekatan hibrid,” katanya selepas melakukan tinjauan program Eksplorasi TVET @WTC di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita menjawab soalan mengenai kenyataanPresiden MCADatuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mahu BNmengutamakan dan mendahulukan komponen parti itu dalam sebarang keputusan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022, penyandangnya Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Sementara itu, ditanya sama ada UMNO bersedia mempertimbangkan untuk menarik balik penggantungan keahlian bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahmad Zahid berkataperkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengerusi dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk diputuskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *