Kerangka Kerja AIGE Dilancarkan Pada September – MOSTI

c4d4aba0af8c92cb2dc7939dda65f3ba66c98232d3db5 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berucap pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI MOSTI 2024, di Masjid Jamek Kampung Tekam Pogoh 3 hari ini.

SEGAMAT, 24 Ogos (Iteenews) — Kerangka kerja bagi pembangunan dan pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) atau Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI (AIGE) akan dilancarkan pada 19 Sept depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata pelancaran AIGE di bawah seliaan MOSTI ituakan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kerangka berkenaan akan memperincikangaris panduan serta peraturan yang perlu dipatuhi pihak berkepentingan dalam semua sektor.

"Untuk kawal selia kami memang sudah pun menyediakan satu draf iaitu AIGE bagi kita mengawal selia penggunaan teknologi AI dan telahdi peringkat terakhir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Kampung Angkat MADANIMOSTI 2024 di Masjid Jamek Kampung Tekam Pogoh 3 di sini hari ini.

Beliau berkataterdapat banyak aduan pelbagai pihak berkaitanpenyalahgunaan AI yang dilakukan pelbagai pihak termasuk "scammer"untuk mengaut keuntungan dengan cara manipulasi.

"Memang ada banyak (aduan), ada yang disalahgunakan oleh 'scammer' dan dia juga ada beberapa kesan negatif kepada masyarakat dan itu sebabnya penting untuk kita ada satu kerangka kerja bagi memastikan teknologi ini dikawal selia dengan baik," katanya.

Pada Jun lepas, Menteri KomunikasiFahmi Fadzil dilaporkan berkata kerajaan mengiktiraf keperluan untuk mewujudkan sebuah kerangka kerja kawal selia bagi menangani cabaran-cabaran etika dalam teknologi AI.

AIGEyang diselia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) penting dalam memberikan kerangka yang menekankan tanggungjawab semua pihak dalam penggunaan AI.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *