Eksport Durian Malaysia Dijangka Cecah RM1.8 Bilion Menjelang 2030 – KPKM

7ebafc4c478839445e746ce007ffc59e66cb116ef41a2 Kredit : FB Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 6cf3cbd343441f84512594f54d1f99d266cb119dcbc1c Kredit : FB Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 4747a0eddafd2a469db42334a69d96b866cb1181170ea Kredit : FB Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan 0c51647adf7994d459ffc15439855fb666cb115418448 Kredit : FB Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Iteenews) — Nilai eksport durian diunjur terus meningkatkepada RM1.8 bilion menjelang 2030, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkataprestasi eksport durian negara dalam tempoh lima tahun iaitu 2018 hingga 2022 juga menggalakkan dengan nilai eksportnya melonjak 256.3 peratus atau peningkatan sebanyak RM822.8 juta.

Pada 2022, eksport durianMalaysia ke seluruh dunia mencatat nilai RM1.14 bilion yang juga tertinggi dalamsejarah.

Durian juga secara keseluruhan adalah penyumbang utama atau 58.6 peratuskepada nilai eksport buah-buahan negara pada 2022 daripada nilai keseluruhan RM2.01 bilion.

“China merupakan pasaran eksport utama buah durian Malaysia dengan nilaieksport RM887 juta pada 2022 iaitu tertinggi dalamsejarah pengeksportan durian ke negara itu,”katanya.

Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China semalam, kata KPKM, jugaselamat tiba Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, hari ini.

Pengeksportan pertama duriansegar itu adalah hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah DurianSegar Dari Malaysia ke Republik Rakyat China yang dimeterai pada 19 Jun lepas.

“Tambahan akses durian segar ini memberi peluang kepada usahawan tempatan bagimeneroka pasaran di China, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka memandangkan sebelum ini hanya durian sejuk beku sahajadibenarkan dieksport," katanya.

Penerimaan buah durian segar pertama ke China itu disempurnakanoleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bersama-sama Timbalan Gabenor Wilayah HenanSun Shougang dan Pengurus Besar Zhongyu AviationGroupLiu Jianmin di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *