EPL: Liverpool, Spurs mungkin tersisih

LIVERPOOL 8

LIVERPOOL dijangka berdepan kesukaran untuk mengadaptasi falsafah bola sepak baharu selepas kehilangan Klopp. – AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Gary Neville percaya dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Tottenham Hotspur tidak mampu ‘lekat’ dalam kelompok kedudukan empat teratas sekali gus menjadi mangsa liga musim ini.

Menurut Neville, empat kelab utama yang dijangka mencabar kejuaraan EPL adalah Arsenal, Manchester United, Chelsea dan juara bertahan, Manchester City.

Neville berkata, pada awalnya pilihan lebih ke arah pasukan Spurs, tetapi selepas melihat prestasi hambar ketika seri bertemu Leicester City, ramalan tersebut diubah dengan Chelsea kini menjadi kelab pilihannya.

“Saya tidak lagi yakin dengan Spurs sama ada mereka boleh konsisten atau sebaliknya. Secara jujur, saya mahu Spurs berada dalam kelompok empat kelab terbaik kerana mempamerkan corak permainan menarik.

“Namun, kelemahan ketara adalah Spurs tidak memiliki skuad yang besar di barisan simpanan. Situasi berbeza dengan Chelsea kerana semua pemain mereka memiliki kualiti yang seimbang,” kata Neville yang kini bergelar pemerhati sukan.

Mengulas mengenai Liverpool, bekas pemain antarabangsa England itu percaya The Reds kini masih berada dalam fasa peralihan selepas pengendali berpengaruh, Jurgen Klopp meletakkan jawatan pada penghujung musim lepas.

“Saya rasa Liverpool masih perlukan masa. Kehilangan Klopp pasti memberikan impak besar terhadap pasukan itu kerana bukan mudah untuk kekal konsisten sepanjang musim pada kempen dengan pengendali baharu,” katanya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *