Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media selepas Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Iteenews) — UMNO akan tetap menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, namun tidak menolak untuk berkolaborasi dengan 18 parti lain dalam Kerajaan Perpaduan, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkataia merupakan antara lima tahap hala tuju baharu yang digariskan parti itu menerusi Taklimat Presiden yang disampaikan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkatapenggunaan lambang dacing itu merupakan permintaan pimpinan dan ahli parti sendiri, mengambil kiraPRU Ke-16 yang akan berlangsung dalam tempoh tidak lebih tiga tahun lagi.
“Kita tidak menolak kolaborasi dengan 18 parti dalam Kerajaan Perpaduansupaya tak berlaku pertindihan dan terdapat kerjasama di dalam menggamit dukungan pengundi.
‘Ini (kolaborasi) mesti dilakukan daripada sekarang,kerana kita tidak mahu keserasian itu diwujudkan hanya ketika pilihan raya. Sebaliknya iamesti dibina dari sekarang,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan Taklimat Presiden hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Selain itu, Ahmad Zahid berkatabeliau turut meminta setiap kepimpinan UMNO di semua peringkat supaya mengambil ibrah daripada kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang menyaksikan BNberjaya merampas semula kerusi tersebut.
“Ertinya jika ada telahan UMNO sudah tidak lagi relevan ataupun ditolak oleh orang-orang Melayu, jelas kemenangan ini telah memberikan satu nada baharu dalam perjuangan kepimpinan UMNO di semua peringkat,” katanya.
Susulan itu, Beliau berkata tahap kedua yang digariskan pada sesi taklimat tersebut adalah supaya setiap jentera parti UMNO menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut landskap politik setempat pada setiap pilihan raya yang akan dihadapi parti itu.