Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan bersama perwakilan menghadiri Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia 2024 di Dewan Merdeka hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Iteenews) — UMNO harus memerangi ‘politik toksik’yang jika tidak dibendungakan menyemarakkan api perkauman dan kebencian, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasionalitu berkata orang Melayu mesti disedarkanbahawa politik kebencian dan toksik yang melampauakan menjadikan mereka anti akal, anti kebenarandan anti segala-galanya.
“Ia tidak akan menguntungkan sesiapa. Ia akan menambah perpecahan dalamkalangan orang Melayu.Ia akan mencederakan budaya dan adab politik Melayu dengan kecederaan yang dahsyat,” katanyadalam ucapan perasmian serentak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti dan ketua ketiga-tiga sayap, di sini malam ini.
Mengambil contohapa yang berlaku di bandar-bandarbesar di England dan Ireland Utara baru-baru ini yang menyaksikan berlakunya rusuhan dan kebencian, Mohamad yang juga Menteri Luar berkata iaadalah akibat daripada ‘politik toksik’.
Beliau berkatayang menjadi mangsa ialah mereka yang tidak bersalah manakalayang rugi adalah seluruh negara dan rakyat.
“Situasi ini seharusnya menjadi teladan kepada kitaakan peri bahayanya politik toksik dan prejudis yang membuta tuli,” katanya yang mengharapkanperwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri supaya membahas dan menerokajalanmenangani gejala politik toksik.
Beliau berkata masa depan UMNO sangat bergantung kepada keberkesanan partimemerangi ‘politik toksik’.
Selain itu, Mohamad berkatakejatuhan kerajaan Bangladesh adalah akibat desakan berterusan generasi muda yang digelar‘Generation Z revolution’dan untuk itu, UMNO perlu bijak menguruskan generasi berkenaan.
Beliau berkata sekiranya gagal, UMNOakan melalui pilihan raya yang lebih sukar dalam masa tiga tahun dari sekarang, malah lebih sukar daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).