PRK Nenggiri : \’First Flip\’ Kembalikan Momentum Sokongan PH-BN – Penganalisis

5ebdc266a4fed9747e23f94f0b1df64566c1905f97457Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (tengah) meraikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN ) N.43 Nenggiri bersama penyokong-penyokong di Balai Rakyat Bukit Chekati.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh Rosmalis Anuar & Mohd Noor Iqram Rosli

GUA MUSANG, 18 Ogos (Iteenews) — Landskap politik negara jelas menunjukkan perubahan, terutama dari kalangan pengundi Melayu,dan momentum sokongan pada masa hadapan,selepas menyaksikan ‘flip’ pertama, kerusi bertukar tangan, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri, semalam.

Biarpun bertanding di ‘gelanggang’ pasukan lawan, Barisan Nasional (BN) mewakili Kerajaan Perpaduan bukan sahaja tidak tenggelam dilanggar badai ‘gelombang hijau’ malah menang bergaya dengan majoriti meyakinkan.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat kemenangan itu memberikan UMNO nafas baharu dengan motivasi untuk mengekalkan momentum dan kembalikan sokongan, terutama dalam kalangan penyokong tegar mereka.

"UMNO turun dengan misi ‘do or die’ di kawasan yang pernah menjadi kubu kuat mereka. Strategi meletakkan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK itu amat signifikan kerana ia mengubah pendekatan berkempen dan mengutamakan kekuatan calon.

"Bagi Perikatan Nasional, kemenangan ini tidak menjejaskan kedudukan mereka di negeri tersebut, tetapi ia sebenarnya merupakan isyarat agar mereka tidak terlalu selesa dengan beberapa siri kemenangan di kawasan majoriti Melayu sebelum ini," katanya kepada Iteenews.

Calon BNMohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, menang pada PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi selepasmemperoleh 9,091undi dan menewaskan pencabarnya calon PAS Mohd Rizwadi Ismailmewakili Perikatan Nasional yang meraih 5,739undi.

Daripada sembilan PRK yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, lapan daripadanyamenyaksikan status quo iaitu Kuala Terengganu (PN), Simpang Jeram (PH), Pulai (PH), Pelangai (BN), Jepak (GPS), Kemaman (PN), Kuala Kubu Baharu (PH) dan Sungai Bakap (PN).

Turut senada, Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpendapat bahawa sokongan Melayuterhadap BN-PH telah dipulihkan dengan kemenangan di DUN luar bandar itu, yang mempunyai kira-kira 86 peratus pengundi melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *