Kemenangan BN Pada PRK Nenggiri Bukti Rakyat Tolak Politik Cerca – PM Anwar

a9cad9b16e809c6a5e9dfad1b66334b966c1b26ae7176Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri membuktikan bahawa rakyat menolak budaya politik yang penuh dengan cercaan dan fitnah.

Menyifatkan keputusan PRK DUN Nenggiri sebagai mengejutkan, Anwar berkata rakyat melihat kemampuan UMNO untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu dan Orang Asli di kubu PAS dan Bersatu di Kelantan.

"Dijangka sukar laluannya bagi calon UMNO dan Kerajaan Perpaduan, tetapi keputusan ini mengejutkan. Ini menunjukkan rakyat menolak politik maki hamun, cerca dan fitnah.

"Ini (kemenangan) akan memberikan semangat baru kepada UMNO, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk bekerja lebih kuat, yakin dengan pendirian kita.

"Insya-Allah, lambat-laun rakyat termasuk orang Melayu akan menerima kenyataan perubahan itu akan memberi manfaat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada media.

Beliau berkata demikianselepas menjadi hosmajlis makan tengah hari sempena kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah di sini hari ini.

Anwar turut merakam ucapan tahniah kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yangberjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri dengan kemenangan majoriti besar sebanyak 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi, menewaskan Mohd Rizwadi Ismail dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN), dengan meraih 5,739 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *