PRK Nenggiri: Santuni Pengundi, Corak Kempen Efektif Tambat Hati – Mohamad

7c2f1c6666cb072503cdfbaedb223a8466c1bfd814f98Datuk Seri Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Iteenews) — Corak berkempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan menyantuni masyarakat jelasefektif dalam usaha menambat hati pengundi, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kemenangan itu juga adalah hasil kerja kuat jentera BN di Gua Musang di bawah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan UMNO Kelantan yang menggerakkan jentera bagi menyantuni seramai mungkin pengundi di Nenggiri.

"Kami tukar cara berkempen, kita tidak ada buat ceramah besar-besaran, (hanya) santuni masyarakat dari rumah ke rumah untuk menyakinkan pengundi. Ini lebih efektif nampaknya kerana kita dapat menemui seramai mungkin pengundi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Luar berkata beliau sendiri tidak hadir ceramah tetapi hanya berkunjung dari rumah ke rumah pengundi untuk bertanya khabar dan ternyata pendekatan itumenggembirakan hati pengundi kerana mereka dapat meluahkan macam-macam masalah setempat.

Beliau berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berusaha menyelesaikan banyak masalah penduduk termasuk berkaitan isu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang sudah berlarutan 48 tahun.

"Lepas ini (kita) harap wakil rakyat baharuMohd Azmawi Fikri Abdul Ghaniakan dapat membawa masalah geran-geran tanah di Kesedar yang sampai ke hari ini tak kunjung tiba," katanya.

Mohamad berkatakemenangan calon BN berkenaan juga jelas menunjukkan rakyat sudah bosan dengan cara kempen maki hamun selain pengundi yang tahu menilai perkembangandi sekeliling mereka.

"Rakyat kini bukan macam dahulu, maklumat di hujung jari, kita tak perlu memburuk-burukkan sesiapa tetapi menerangkan apa yang patut kita buat dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah. Itu yang rakyat mahu," katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *