JAKARTA – Penduduk di Kampar, wilayah Riau digemparkan dengan kemunculan objek bercahaya dipercayai hantu penanggal yang bertenggek di atap sebuah rumah, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan bebola api di bumbung rumah milik seorang penduduk tempatan.
Lebih mengejutkan, objek tersebut bercahaya selama tiga hari tanpa pernah padam.
Menurut pemilik rumah, bebola api itu muncul secara tiba-tiba meskipun tiada tiang elektrik di sekeliling kediamannya.
“Jika tempat bercahaya itu disiram, air akan mendidih,” kata pemilik rumah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 12,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya sangat takut melihat video ini. Bagaimana ia boleh muncul walaupun tiada sumbernya?” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI