Muhyiddin Wajar Mohon Maaf, Pulih Keraguan Dicetuskan Terhadap Agong – Pemuda UMNO

75ab1b0b04b6c4783fa3ee019c66698565e184f39c01cDr Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Iteenews) — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassinwajar menyatakan permohonan maaf secara rasmi dan terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusiYang di-Pertuan Agong.

KetuaPemuda UMNODr Akmal Saleh berkata kenyataan yang dibuat Muhyiddin ketika berkempen sewaktuPilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini, jelasmencetuskan persepsi negatif dan kesangsian terhadap kebolehan dan keupayaanYang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara yang kuasanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).

“Pemuda UMNO melahirkan rasa dukacita atas kenyataan yang dibuat Tan Sri Muhyiddinberkenaan peranan dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 (Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Pemuda UMNO menjunjung kasih di atas titah tegas Tengku Mahkota Pahang (Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah), agar pihak Polis Diraja Malaysia dapat mengambil tindakan tegas terhadap keterlanjuran yang telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akmal turut mempersoalkansama ada kenyataan Muhyiddin itu adalahkonsensus dan mewakili pimpinan PNyang terdiri daripada PAS, Bersatu dan Gerakan.

Muhyiddin sebelum ini didakwa mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

TerdahuluTengku Hassanal menzahirkan kemurkaan danrasa terkilan dengan kenyataan Muhyiddin danbertitah mahu polis mengambiltindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Ucapan Muhyiddin juga menyebabkan polis menerima banyak laporan daripada pelbagai pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *