MRT Corp, Coronade Properties Tandatangani Perjanjian Kemudahan Tempat Letak Kereta Pengguna RTS Link

be6544e404627e18236192cc18e4248e5f6dfeadbb050

KUALA LUMPUR, 20 Ogos(Iteenews) –Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp)melalui unitnya Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS), menandatangani perjanjian jual beli dengan Coronade Properties Sdn Bhd untuk pemerolehan 781 petak letak kereta di Coronation Square, Johor Bahru.

Ruang letak kereta ini akan dikhaskan untuk penggunaSistem Transit Rapid (RTS) Link yang bertujuan meningkatkan lagi ketersambungan dan kebolehcapaian bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan rentas sempadan antara Johor Bahru dan Singapura.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkataselepas projek tersebut siap, tempat letak kereta dan motosikaltambahan itu khususnya untuk pengguna RTS Link di Coronation Squareakan dimiliki dan diuruskan oleh MRT Corp sekali gus menghasilkan pendapatan berulangkepada mereka.

“Walaupun kita perlu membeli tempat letak kereta ini tetapi ia merupakan pelaburan jangka panjang yang mana kita akan menguruskannya serta menghasilkan pendapatan berulang pada masa hadapan.

“Satu perkara penting yang ingin saya tekankan adalah elemen ketersambungan dan integrasi antara tempat letak kereta dan Stesen RTS Link di Bukit Chagar,” katanyapada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli TempatLetak Kereta antara MRTSdan Coronade Properties Sdn Bhd di sini, hari ini.

Beliau juga turut menyeru dan mengalu-alukanpemaju dan pemilik bangunan di sekitar Bukit Chagar untuk membina jejambat pejalan kaki bagi menghubungkan stesen Bukit Chagar.

“Matlamatsaya ialah untuk melihat stesenBukit Chagar iniseperti model Central, Hong Kong yang mana semua bangunan di sekitar Central itu dihubungkan dalam satu kawasandan pengguna boleh berjalan kaki dari satu bangunan ke bangunan lain melalui jejambat pejalan kaki sehingga ke stesen mereka.

“Mesra pejalan kaki dan saling berhubung adalah bahagian yang sangat penting dalam projek RTS Link,” kata beliau.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim dan Pengarah Perhubungan Korporat Coronade Properties Datin Paduka Alinah Ahmad dan disaksikan oleh Loke dan Pengerusi MRT Corp Tan Sri Bashir Ahmad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *