TNB Akan Rayu Taksiran Tambahan LHDN Berjumlah RM1.39 Bilion

85293a1aab151bec23f828b26edf9bc25eeb655ab6b4e

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Iteenews) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengemukakan rayuan berhubung notis taksiran tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta bagi tahun taksiran2020 dan 2021.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat utiliti itu berkata notis yang diterima pada Isnin (19 Ogos, 2024)adalah menyamai notis diterima pada tahun-tahun sebelumnya yang pada masa ini di peringkat mahkamah.

Malah, TNB jugatelah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.

“Mengikut nasihat perundangan daripada peguam cara cukai kami, TNB berpendirian bahawa ia mempunyai asas undang-undang yang baik untuk mempertikaikan taksirandibangkitkan secara silap oleh pihak LHDN.

“Oleh itu, sepertimana sebelum ini, TNB akan membuat rayuan terhadap notis berkenaan secepat mungkin,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *