PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing maut apabila motosikal yang dia tunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum terbakar di Plaza Tol Penchala, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.15 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta jenis Lexus menghala ke arah One Utama.
“Motosikal mangsa terbakar dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kerja pemadaman sedang dilakukan dan kes akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – https://amiminerals.org/