Aplikasi X tidak dapat diakses

Geli X scaled

GAMBAR fail aplikasi X di telefon bimbit. – Foto AFP

WASHINGTON  – Platform X (Twitter) milik bilionair, Elon Musk mengalami gangguan besar-besaran dengan ramai pengguna tidak dapat mengakses laman sosial tersebut, lapor portal berita National World hari ini.

Gangguan bermula malam tadi dengan laman teknologi, Downdetector menyatakan, lebih 5,000 pengguna bergelut untuk mengakses laman  X.

Sebilangan pengguna masih menghadapi masalah sama setakat pagi tadi. 

Seorang pengguna menulis di media sosial: “Twitter/X  dimatikan selama lebih 10 jam.” 

Pengguna lain membalas hantaran dengan menyatakan, mesej masih boleh dihantar tetapi tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Sementara itu, laman berita teknologi, engadget memberitahu bahawa Akaun Kejuruteraan X mendakwa, isu tersebut disebabkan oleh gangguan pusat data.

“X sedar sesetengah pengguna kami mengalami masalah prestasi pada platform.

“Kami mengalami gangguan pusat data dan pasukan kami sedang giat berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,”  katanya. – AGENSI