Nenek maut makan kapsul detergen disangka gula-gula

telan pencuci baju viral

Gambar hiasan. – Getty Images

LONDON – Seorang warga emas berusia 93 tahun yang mengalami keadaan nyanyuk, meninggal dunia selepas menelan pod pencuci baju yang disangka gula-gula, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Elizabeth Van Der-Drift, meninggal dunia akibat beberapa masalah termasuk keradangan pada paru-paru, menelan bahan toksik dan demensia.

Penjaga mangsa memberitahu inkues bahawa pembungkusan bahan pencuci itu ‘mempunyai persamaan dengan gula-gula’. 

Penolong Koroner, Ian Potter berkata, peraturan label dan pembungkusan ‘tidak mengambil kira risiko’ kepada pesakit demensia dan gangguan kognitif.

Beliau berkata dalam laporan pencegahan kematian masa hadapan (PFD): “Produk seperti ini boleh menimbulkan risiko kepada kanak-kanak, tetapi tidak kepada mereka yang menghidap demensia atau kecacatan kognitif yang lain.

“Pembungkusan yang menggunakan warna terang untuk menarik perhatian pelanggan adalah satu perkara biasa di seluruh industri,” kata Potter. 

Van Der-Drift dipercayai menghidap demensia selama beberapa tahun dan kerap lupa bila kali terakhir dia makan.

Wanita itu dilaporkan mencari sesuatu untuk dimakan sebelum menelan salah satu daripada pod detergen tersebut.

Selepas mengambil bahan toksik itu, mangsa mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum dibawa ke hospital berdekatan. 

Dia meninggal dunia di hospital beberapa hari kemudian. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *