Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana hari ini.–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, 21 Mei (Iteenews) –Pemilihan PKR 2025 adalah satuproses pertandingan dalam parti dan tiada kaitan dengan soal rombakan Jemaah Menteri, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden PKR berkata pertandingan jawatan dalam parti itu sepatutnya menjadi satu proses yang mampu memperkukuh dan merangkul semua kekuatan untuk mengukuhkan parti.
“Pemilihan PKR adalah pertandingan antara sahabat-sahabat, rakan karib dan kenalan kita sendiri. Makatidak timbul sama sekali soal berlaku perubahan kepada Jemaah Menteri.
“Kita tidak boleh menghalang cita-cita orang lain (untuk melepaskan jawatan atau mengisi kekosongan jawatan), dia ingat kosong (kekosongan jawatan) dia mahu isi..itu biasa.
“Jika tanya saya, saya tidak ada sebarang rencana untuk lakukan apa-apa perubahan pada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, di sini malam ini.
Beliau menjawab pertanyaan berhubung hasrat penyandang TimbalanPresiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi dalam Kabinet jika beliau tewas dalam pemilihan parti itu.
Pemilihan PKR 2025menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan TimbalanPresiden iaitu antara Rafizi dengan Nurul Izzah Anwar.
Kongres Nasional PKR 2025 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru bermula Jumaat ini dengan pengundian bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita bagi sesi 2025-2028 diadakan pada hari sama bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Mengulas lanjut, Anwar berkata ‘kehangatan’ pertandingan dalaman parti itu perlu dilihat secara positif dan tidak mencerminkan sebarang elemen ketidakstabilan politik negara.