10 jam rakam video masakan, sedap mulut tuduh guna AI 

CIKGU ALI AI

Tangkap layar menunjukkan komen tuduhan dilontarkan oleh seorang pengguna TikTok kepada Cikgu Ali (kanan) terhadap video masakannya.

PETALING JAYA – Seorang guru Bahasa Inggeris (BI) menafikan dakwaan dia menggunakan ‘artificial intelligence’ (AI) untuk membuat video masakan di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi hantaran di aplikasi Instagram oleh @mr_alicakes, guru itu memaklumkan ada netizen yang menuduhnya menggunakan AI dalam penghasilan video.

“Saya rakam video sahaja sudah mengambil masa selama sembilan hingga 10 jam untuk video yang hanya berdurasi 60 hingga 90 saat, saya ini ‘chatgpt’ pun tidak pernah guna, apatah lagi AI,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai menyokong dan memberi kata-kata semangat terhadap guru Bahasa Inggeris tersebut.

“Seribu orang komen sokong, satu komen yang parasit, usah layan komen negatif begitu. Teruskan berkarya,” komen @amsyarjohari.

“Abaikan kata mereka. Saya sangat suka kandungan Cikgu Ali dan hormat dengan kesimbangan kerja dan rutin sebagai pempengaruh. Semoga encik dipermudahkan segala urusan dan rezeki selalu,” balas @nrlyn_alias_.

“Orang yang toksik memang macam itu, kadang-kadang suka melontarkan fitnah kerana sifat yang suka bersangka buruk terhadap orang lain,” balas @ameena_sweet_home. – https://amiminerals.org/