SYDNEY – Seorang atlet Britain mengatakan bahawa dia mencatat rekod dunia baharu dengan berlari merentasi Benua Australia dengan mencatatkan larian bersamaan 90 acara maraton dalam masa 35 hari.
William Goodge memulakan larian sejauh 3,860 kilometer itu di Australia Barat pada 15 April lalu, merentasi padang pasir, tanah pertanian dan hutan sebelum menamatkan lariannya di Pantai Bondi yang terkenal di Sydney semalam.
Dengan purata dua setengah maraton setiap hari, pelari daya tahan kelahiran England itu memecahkan rekod sebelumnya iaitu 39 hari yang dicatatkan pada 2023.
“Perasaan saya adalah seperti mimpi ngeri berulang yang tidak akan berakhir,” kata atlet berusia 30 tahun itu kepada akhbar Sydney Morning Herald.
“Sembilan hari pertama sangat mencabar.
“Tetapi anda perlu memberitahu badan dan minda anda bahawa walaupun anda sedang bergelut, anda akan terus bertahan dan akan berjaya mengharungi cabaran ini,” tambahnya.
Goodge yang berlari merentasi Amerika Syarikat pada 2023, menggunakan kejayaannya untuk mengumpul wang bagi tujuan amal selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser pada 2018. – AFP