[VIDEO] \’Beri hadiah untuk pulangan lebih besar\’

RUMAH ANAK YATIM VIRAL TULAR

Tangkap layar memaparkan seorang lelaki yang membelikan barangan keperluan kepada penghuni rumah anak yatim pada hari lahirnya.

PETALING JAYA – Niat murni seorang lelaki yang berkongsi rezeki bersama penghuni pusat anak yatim ketika hari kelahirannya mendapat pujian oleh pengguna media sosial.

Perkongsian di TikTok oleh @Meernan, memaparkan dirinya yang tahun ini menginjak usia 22 tahun, menyediakan beberapa barangan keperluan dan makanan lalu diberikan kepada penghuni rumah anak yatim berkenaan.

“Hanya perlu doa buat ulang tahun saya,” tulis lelaki tersebut dalam klip itu.

Menerusi klip tersebut juga turut memaparkan beberapa orang penghuni rumah tersebut mendoakan lelaki berkenaan sebagai tanda penghargaan.

Kebanyakan orang ramai di ruangan komen juga tidak putus mendoakan kesejahteraan lelaki tersebut selain memuji tindakan baiknya.

“Saya doakan supaya awak sentiasa sihat dan berbuat baik kepada orang lain. Semoga kita semua juga mendapat kebaikan asbab berbuat baik pada orang lain, semoga murah rezeki. Selamat hari lahir,” kata @WinterTorrance.

“Semoga terus berjaya dalam semua yang diceburi Meer,” kata @Pejuangskilo. – https://amiminerals.org/

@meer.nannRasmi 22🤲🏻🫶🏻

♬ original sound – Meernan