PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 mencatatkan peningkatan prestasi selepas merekodkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 3.00 mata berbanding 3.09 mata pada tahun 2023.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pada masa sama, GPK bagi calon sekolah KPM pada tahun 2024 pula adalah 2.81 mata berbanding 2.91 mata pada tahun 2023 iaitu mengecil sebanyak 0.10 mata.
“Hal ini menunjukkan pencapaian calon STAM sekolah KPM pada tahun 2024 adalah
lebih baik berbanding tahun 2023.
“Seramai 34 calon berjaya mendapat keputusan Mumtaz dalam semua mata pelajaran STAM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Sebelum ini, seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM 2024 yang mana daripada jumlah itu seramai 1,552 merupakan calon sekolah KPM.
1,726 calon pula Sekolah Menengah Agama Negeri selain 296 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, 29 calon Sekolah Menengah Swasta dan 904 calon persendirian.
Terdahulu, 4,507 orang calon telah mendaftar menduduki peperiksaan STAM 2024 yang dilaksanakan pada 3, 6, 10, 12 dan 13 Februari lalu.
Kesemua calon berdaftar menduduki peperiksaan itu yang diadakan di 132 pusat peperiksaan seluruh negara. – https://amiminerals.org/