[VIDEO] ‘Cat merah tanda cinta’

WhatsApp Image 2025 05 19 at 10.46.27 AM 1

Tangkap layar video perkongsian @faizazman88 memaparkan beberapa bahagian laluan menurun dan berselekoh tajam dicat merah terang.

PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang menuju arah Karak pasti menyedari satu perubahan ketara di beberapa bahagian laluan menurun dan selekoh tajam dimana permukaan jalan dicat warna merah terang.

Seorang pengguna TikTok @faizazman88 berkata, cat merah itu bukan sekadar hiasan namun ia adalah satu bentuk peringatan daripada pihak berkuasa bagi memastikan para pengguna memandu lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

Bagaimanapun, pengguna tersebut sempat berseloroh mengatakan cat merah itu sebagai ‘lambang cinta’ dirinya buat si isteri.

“Ramai kecoh dekat Karak pasal ada jalan orang cat warna merah, korang (kalian) kena faham dia cat merah tu sempena lambang cinta abang dek isteri. Tapi cerita sini habis sini
lah, abang tak nak orang lain tahu,” selorohnya.

Menurut pengguna tersebut, keadaan terbabit melibatkan laluan sebelum susur keluar di Kilometer 805 menghala Berjaya Hills, Bentong, Pahang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur membaca kapsyen pengguna tersebut dan turut berseloroh terpaksa menggunakan laluan lain disebbakan kawasan tersebut adalah ‘lambang cinta’ lelaki itu kepada isterinya.

“Nampak gayanya cuti sekolah ini akak kena balik kampung dengan flight (kapal terbang) lah ni, tak ada laluan lain dah, laluan itu adik berdua punya,” seloroh @Puan RM.

“Ambil lah kau semua bang, kami pindah tempat lain,” kata @N.Sahira.

“Alahai ‘sweet’ sangat ini sampai jalan pun cat merah,” komen Sya Rinie. – https://amiminerals.org/

@faizazman88 ramai kecoh dekat karak pasal ada jalan orang cat kaler merah,korang kena faham dia cat merah tu sempena lambang cinta abang dekat wife…tp cite sini habis sini la,abang x nk orang lain tahu❤️#fyp #z800 ♬ ZIANA ZAIN tiada kepastian – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂