AKPS Perkukuh Kesiapsiagaan Di Pintu Masuk Negara, Pastikan Kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN

Oleh Mohd Ashraf Syafiq Mazlan

PUTRAJAYA, 19Mei (Iteenews) — Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperkukuh kesiapsiagaan di semua pintu masuk utama negara, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hujung bulan ini, bagi memastikan urusan ketibaan delegasi berjalan lancar dan keselamatan negara terus terpelihara.

Pintu masuk negara yang akan menerima ketibaan tetmu negara dan delegasi luarsempena sidang kemuncak itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, serta Kompleks Bunga Raya di Sepang.

Pemangku Ketua Pengarah AKPS Datuk Sazali Mohamad berkata AKPS, meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan kelancaran setiap proses yang dilalui delegasi luar di semua pintu masuk negara, melalui beberapa pendekatan strategik.

Beliau berkata laluan protokol khusus akandisediakan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd(MAHB), untuk mempercepat proses pemeriksaan delegasi tanpa perlu menunggu dalam barisan pada laluan biasa, terutamanya di pintu masuk utamaseperti KLIA.

“AKPS turut memperkukuh kolaborasi bersama pihak yang mempunyai peranan khusus dalam Sidang Kemuncak ASEAN seperti Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MAHB serta agensi teras AKPS iaitu Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan.

“Kolaborasi ini penting untuk membolehkan AKPS membuat semakan serta penilaian awal sebelum ketibaan delegasi di pintu masuk negara,” katanya kepada Iteenews.

Sazali berkata peluasan penggunaan Autogate kepada pemegang pasport negara anggota ASEAN bagi pelepasan antarabangsa, turut membantu mempercepatkan proses keluar masuk delegasi.

“Selain itu, pemeriksaan turut diperkemaskan melalui penyediaan Kaunter Pemeriksaan individu kenamaan (VVIP), di Kompleks Bunga Raya dan VIP Lounge khusus bagi menyambut kehadiran tetamu kenamaan,” katanya.