PKR Perlu Rangka Program, Dekati Pengundi Muda Menjelang PRU16 – Nurul Izzah

e399744a7f4d0eee4e010314eda84f7a6829ff854370d

BUKIT MERTAJAM, 18Mei (Iteenews) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlumemperkasa jentera dan mendekati rakyat dengan merangka program kemasyarakatan, khususnya bagi pengundi muda untuk meraih sokongan golongan itu menjelangPilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib PresidennyaNurul Izzah Anwar berkata kaji selidik yang dijalankan menunjukkan68 peratus orang muda tidak meminati politik, justeru parti mempunyai peranan untuk mendepani cabaran tersebut.

“Kitafaham, mereka (pengundi 18 tahun) undi berdasarkan pilihan kawan, kalau dulu mereka dengar mak ayah undi parti A, dia hendak undi parti C, mereka tak nak ikut, mahu jadi rebel. Ini juga cabaranyang akan kita hadapi.

“Bila bercakap dalam konteks masalah 68 peratus pengundi muda tidak minat dengan politik, maksudnya kita kena pastikan program masyarakat itu menjadi sebati dengan jiwa,”katanya ketika berucap pada Jelajah Temu Rapat Akar Umbi Zon Utaradi sini malam ini.

Turut hadir Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek merangkap Menteri Pendidikan dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Nurul Izzah yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan PKR sesi 2025-2028 juga mahu ahli parti tidak melupakan sejarah parti itu yang sentiasa kalis dan berdepan dengan pelbagai cabaransejak ia ditubuhkan pada 4 April 1999.

Ditanya mengenai cadangan berdebat dengan pesaingnya Datuk Seri Rafizi Ramli, beliau berkata lebih fokusuntuk berjumpa dengan akar umbi parti tersebut dalam tempoh berbaki lima hari lagi untuk pemilihan parti.

Pengerusi MPNPulau Pinang itu juga berkata beliau mahu memberi fokus kepada PRU16 dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang yang disifatkannyalebih penting berbanding pemilihan parti.

Pemilihan PKR menyaksikan pertandingansatu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden antara Nurul Izzah dan Rafizimanakala Presiden partiDatuk Seri Anwar Ibrahimkekal tanpa dicabar.