PETALING JAYA – Hajat dua wanita untuk keluar dari negara ini selepas tinggal melebihi tempoh dibenarkan tidak kesampaian selepas kedua-duanya ditahan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 2, Selasa lalu.
Penahanan tersebut dilakukan sepasukan anggota dan pegawai daripada unit pemantau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) semasa operasi ke atas kira-kira 150 warga asing yang bermula pukul 5 petang sehingga 11 malam.
AKPS dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua wanita itu dikesan berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di kawasan balai berlepas semasa pemeriksaan dibuat.
“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua wanita itu dijadualkan berlepas ke Ho Chi Minh dengan penerbangan AirAsia dan telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
“Semakan melalui sistem imigresen juga menunjukkan endorsmen cap keselamatan keluar dan masuk pada pasport mereka tidak selaras dengan rekod perjalanan rasmi,”kata kenyataan itu.
Berikutan kesalahan itu kata AKPS, mereka telah dibawa ke Balai Polis KLIA sebelum ditahan selama 14 hari di bawah Seksyen 51(3)(a) dan Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1963/69 untuk siasatan
lanjut.
“Mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen KLIA Terminal 2 sebelum diserahkan kepada unit penguat kuasa. – https://amiminerals.org/