Datuk Seri Bung Moktar Radin (Gambar fail)
KOTA KINABALU, 9 Mei (Iteenews) –Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah untuk membina masa depan Sabah yanglebih baik, melangkaui matlamat memenangi pilihan raya semata-mata.
Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata sehubungan itu, rundingan terperinci akan diadakan antara kepimpinan kedua-dua parti di peringkat negeri, termasuk perbincangan mengenai pengagihan kerusi dan pendekatan bersama parti-parti lainyang sehaluan untuk menghadapi PRN nanti.
“Kita akui, realiti politik hari ini menuntut kematangan dan keikhlasan dalam membina kestabilan. Demi masa depan negeri, kita memilih untuk berganding bahu bukan sekadar untuk menang pilihan raya, tetapi untuk membina Sabah yang lebih baik dan terurus.
“Kami menghormati proses ini dan akan memastikan setiap keputusan dimuktamadkan dengan semangat muafakat, seperti yang ditetapkan oleh kepimpinan tertinggi di peringkat kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hari iniSetiausaha Agung PHDatuk Seri Saifuddin Nasution Ismail danKetua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk DrAsyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan bersama berkataPHdan BNbersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi PRNSabah akan datang,termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain yang akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BNSabah.
Sehubungan itu Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabahberkata BN Sabah akan menggerakkan jentera parti dari peringkat negeri hingga akar umbi dengan komitmen penuh untuk menghadapi PRN itusebagai pasukan yang bersatu.
"Kita bukan sahaja mahu menangtetapi kita mahu menang dengan maruah dan mandat rakyat yang tulen," katanyasambil menekankan kepentingan kestabilan politik untuk pembangunan negeri Sabah.
Beliau berkata parti berkenaan telah mengambil pengajaran dari pengalaman lepas dan kini bersedia untuk membina masa depan bersama demi kepentingan rakyat Sabah.