Usaha Bangunkan Negara Perlu Pengilibatan Ahli – Nurul Izzah

fc6870e1082df39b77e709d7de0380f4682624a4bfd9dCalon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menyampaikan ucapan pada Program Temu Rapat Akar Umbi di Kenanga International malam ini. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Iteenews) — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa usaha membangunkan negara bukan hanya terletak di bahu pimpinan parti semata, bahkan memerlukan penglibatanahli.

Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, beliau berkata PKR perlu terus memberikan ‘kepedulian’ sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

“Saya melihat kepada pengalaman banyak negara seperti di Amerika Syarikat dan Jerman…orang kalau tidak percaya,kadang-kadangmereka tidak melihat kepada parti yang mampu mempertahankan mereka. Satu-satunya negara yang saya fikir melaksanakan reformasi ialah Mexico, dan inilah yang sedang kita buat,” katanya di sini malam ini.

Beliauberkata demikian ketika berucap pada program Temu Rapat Akar Umbi, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Nurul Izzah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028 juga mahu supaya pemilihan dilangsungkan dalam suasana harmoni dan tidak berpuak.

Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor dengan pemilihan pimpinan pusatditetapkan pada 23 Mei.