[VIDEO] Cikgu terima peralatan dapur mewah sempena Hari Guru

WhatsApp Image 2025 05 15 at 11.35.55 168546b7

Seorang ibu menarik perhatian ramai selepas membelikan barangan berjenama sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Guru yang diraikan esok.

PETALING JAYA – Seorang ibu menarik perhatian ramai selepas membelikan barangan berjenama sebagai tanda penghargaan sempena sambutan Hari Guru yang diraikan esok.

Menerusi perkongsian @NurashikinDin di TikTok, dia membelikan peralatan dapur berjenama buat guru-guru anak sulungnya.

“Ada yang tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tu?” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Wanita tersebut bukan asing lagi di media sosial kerana acap kali tular menghadiahkan semua pendidik anaknya dengan barangan mewah pada sambutan hari guru.

Sebelum ini, dia pernah menghadiahkan guru-guru anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah swasta, adalah set perhiasan, tudung, beg tangan dan rata-ratanya mempunyai nilai yang luar biasa.

Selain itu, dia yang turut memberikan hadiah setiap hujung tahun bagi menghargai seluruh tenaga pengajar di sekolah swasta anak turut meraih pujian ramai.

“Bagusnya orang kaya hargai cikgu. Semakin murah rezeki, memberi dan menghargai jasa guru anak-anak,” komen @Ladysue.

“Bila tengok ini saya tumpang happy (gembira), apa pun, tahniah kakak mampu beri yang terbaik untuk anak kakak,” kata @MomofAF.

Dalam pada itu, ramai juga yang berseloroh dengan mengatakan ingin menjadi guru kepada anak-anak wanita tersebut.

“Setiap tahun cikgu-cikgu berebut nak jadi guru kelas anak puan,” ujar @Aeiydaswift.

“Mesti semua guru teruja nak ajar anak dia, apa pun tahniah menghargai cikgu-cikgu puan,” kata @CikguSiti. -KOSMO ONLINE

@nurashikindin Ada yg tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tuuu ? 🤭🤭 Hadiah hari guru 2025 dari Hafiz Harith untuk semua cikgu cikgu dia ♥️💜. Special thanks untuk staff @Le Creuset midvalley Encik Ikhwan layan kami membeli dan bungkuskan cecantik untuk guru anak saya. Siap reben 🌹. #hadiahhariguru2025 #lecreuset #fypviralシ @Le Creuset Malaysia ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY