Cari kayu, jumpa mayat reput

Anggota keselamatan mengusung mayat hampir reput yang dijumpai di kawasan hutan berhampiran Kampung Bukit Chatak Kuala Dungun hari ini.

Anggota keselamatan mengusung mayat hampir reput yang dijumpai di kawasan hutan berhampiran Kampung Bukit Chatak, Kuala Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang penduduk kampung yang mencari kayu untuk membuat bubu ikan di kawasan hutan berhampiran Kampung Bukit Chatak, Kuala Dungun di sini tergamam apabila terjumpa mayat lelaki hampir reput pukul 3.20 petang tadi di sebuah kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, lelaki terbabit terlebih dahulu terhidu bau busuk ketika melalui lokasi kejadian dan memeriksa kawasan belukar tersebut sebelum terjumpa mayat berkenaan.

“Mayat hampir reput tanpa identiti itu telah dikeluarkan oleh anggota bomba dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. Orang ramai kehilangan ahli keluarga dan kenalan diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *