Jakim beri sokongan psikospiritual kepada rakyat Palestin

Mohd. Naim beramah mesra selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di sini hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Mohd. Na\’im beramah mesra selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah Tahun 2024 di sini, hari ini. – Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memberikan perkhidmatan sokongan berbentuk psikospiritual kepada lebih 100 rakyat Palestin yang dibawa ke negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, sokongan itu amat diperlukan kepada mereka yang trauma melihat pembunuhan kejam anggota keluarga dan saudara di tanah air.

“Jakim memang mempunyai kepakaran dalam bantuan sedemikian dan bersedia menyalurkan perkhidmatan itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan nanti,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Transformasi Tanah Perkuburan Islam dan Pengurusan Jenazah 2024 di sini hari ini.

Semalam, dua pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 pesakit dan 86 waris mereka telah selamat mendarat dari Mesir di Pangkalan Subang, Selangor. – Iteenews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *