BANGKOK – Seorang lelaki cemburu menikam isterinya yang didakwa berlaku curang ketika mangsa menunggang motosikal dalam kejadian di wilayah Sing Buri, tengah Thailand semalam, lapor portal berita Thaiger.
Lelaki dikenali sebagai Sak, 62, itu mendakwa pernah melihat isterinya bersama kekasih gelap beberapa kali.
Dalam kejadian itu, penduduk berjaya menahan Sak dan menghubungi polis Mueang Sing Buri untuk menahan suspek.
Isteri Sak, Juthamas, 50, mengalami kecederaan serius dengan beberapa kesan tikaman di bahu dan kepala. Dia dikejarkan ke hospital oleh pasukan penyelamat.
Sak pula mengalami luka di tangannya.
Suspek dilaporkan mengejar Juthamas dan cuba menikamnya dengan pisau patah sehingga menyebabkan kedua-dua motosikal mereka terbabas.
Apabila Sak menjatuhkan pisau, penduduk berhampiran mengambil kesempatan untuk menangkapnya. – AGENSI