Pembantu kedai kena pukau, wang dalam laci dikebas warga asing

pukau curi kedai

SALAH seorang suspek bercakap dengan pembantu kedai. – Pati News

JAKARTA – Tiga warganegara asing memukau pekerja sebuah kedai di Pati, wilayah Jawa Tengah sebelum melarikan wang tunai berjumlah 10 juta rupiah (RM2,600), lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis  Margoyoso, Asisten Komisioner Joko Triyanto, ketika kejadian, kedai menjual beras itu dijaga oleh dua kakitangan.

“Dua daripada suspek pada awalnya bersembang dengan salah seorang pembantu kedai. 

“Tanpa disedari, seorang lagi suspek masuk ke dalam kedai dan membuka laci penyimpanan wang lalu melarikan wang berjumlah 10 juta rupiah.

“Setelah ketiga-tiga suspek beredar, dua pekerja kedai baru menyedari bahawa wang telah hilang,” kata Joko.

Tambahnya, kedua-dua mangsa sudah membuat laporan polis.

“Dua suspek lelaki dan seorang wanita melarikan diri menggunakan kereta Avanza hitam,” katanya. – AGENSI