Polis Siasat Dakwaan Vokalis Kumpulan Muzik \”skindhead\” Dipukul

JOHOR BAHRU, 12 Mei (Iteenews) — Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaanseorang vokalis kumpulan muzik “skinhead” dipukul sekumpulan individudipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belahdi sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru SelatanACP Raub Selamat berkata siasatan dilakukanselepas pihaknya menerimamaklumat susulanvideo tular di media sosial yangmemaparkan kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata setakat ini polistidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.

"Polistelah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian (tular) ini pada malam tadi. Justeru, orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalamkenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu tular beberapa rakaman videomemaparkan kejadian pergaduhan tersebut yang dipercayai dimuat naik diakaun Facebook kumpulan muzik itu.

Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.

— BERNAMA