Amirudin Sah Hasrat Pertahan Jawatan Naib Presiden PKR

c8c8709fa4b45ff5ff1b7e3e187538db679e3848de592Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Iteenews) — Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2025-2028.

Amirudin menerusi kenyataan di Facebookberkata hasrat itu sejajar dengan prinsip untuk memperkukuh PKR sebagai parti politik unggul, paksi reformasi dan teras Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata matlamat utamapemilihan kali ini adalahuntuk membentukpasukan yang berkeupayaan melaksanakan cita-cita reformasi serta berkhidmat dan bekerja mendukung kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bagipenggal kedua.

“Dengan tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’, saya membawa gagasan yang sejajar tema ‘Bersama Membina Parti Kita’ oleh calon Timbalan PresidenNurul Izzah Anwar.

“Kita ingin perligat gerak jentera serta merapatkan saf anggota di samping memperkuat hubungan bersama parti komponen Kerajaan Perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum ke 16,” katanya.

Menurutnya dalam tempoh kempen pemilihan, beliauakan mengulas dan membentangkan gagasan Reformasi Cita Bangsa itu kepada seluruh anggota parti.

Setakat 10 pagi tadi, 11 pemimpinsudah mengesahkan pencalonan bagi mengisi empat jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti 21 Mei ini.

Mereka termasuk tiga penyandang iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri SembilanDatuk Seri Aminuddin Harun.

Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat MPP, Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan (MPWK) akan diadakan pada 23 Mei ini sempena Kongres Nasional PKR di Johor Bahru.