[VIDEO] Vokalis dipukul kerana tidak cium tangan disiasat

Point Blur May122025 081034

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki mengheret dan memukul seorang lelaki lain dipercayai di sebuah pusat beli-belah di bandar raya Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Polis memulakan siasatan susulan insiden seorang vokalis sebuah kumpulan muzik ‘skinhead’ yang didakwa telah dipukul beramai-ramai hanya kerana bersalaman tanpa mencium tangan individu lebih berusia daripadanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.“Pihak polis telah dimaklumkan berhubung kejadian ini semalam dan memulakan siasatan sejurus laporan dibuat.“Kami turut menggesa mangsa atau mana-mana saksi untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,”katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.Semalam, tular dua rakaman video masing-masing berdurasi satu minit memaparkan sekumpulan lelaki bertindak menahan, mengheret serta memukul seorang individu lelaki lain.Rakaman video turut menunjukkan salah seorang daripada suspek bertindak menggunakan tong sampah besi untuk memukul mangsa tanpa belas kasihan.Menurut satu kenyataan dimuat naik di media sosial, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tidak mencium tangan ketika bersalaman dipercayai dengan salah seorang daripada kumpulan lelaki terbabit.- KOSMO! ONLIN