PETALING JAYA – Seorang pekerja wanita terjatuh dari tempat duduk belakang motosikal selepas dihempap palang automatik ketika memasuki kawasan tempat kerja dalam kejadian pada 2 Mei lalu, kira-kira pukul 7.28 pagi.
Menerusi hantaran di TikTok milik @Cik_saby89, palang automatik tersebut tiba-tiba turun selepas dibuka lalu terkena salah seorang daripada mereka yang sedang melalui laluan tersebut.
Dia turut meluahkan rasa kecewa apabila pihak pengurusan menyalahkan mereka kerana dikatakan tidak membaca notis dan melepasi garisan keselamatan.
“Adakah benar kami yg bersalah? Sesiapa boleh tolong jelaskan,” tanya pemilik akaun di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian sendiri kerana motorsikal berhenti terlalu ke depan hingga tayar melepasi garisan kuning.
“Maaf nak cakap, kalau dilihat memang salah awak. Sebab awak berhenti terlalu depan dan tayar dah melepasi garisan kuning. Mungkin ‘sensor detect’ motorsikal awak dah lepas,” kata @Afiezal.
“Salah tu, lebih dari garisan kuning. Belajar lah dari kesilapan agar tak jadi lagi,” ujar @Afmaju.
“Depan sangat berhenti tu. Tayar dah terlajak sangat. Lepas ni berhati-hati dan semoga tiada kecederaan serius,” komen @Cikginger. – https://amiminerals.org/
@cik_saby89 kejadian berlaku pada 2/5/2025 jam 7.28pg ketika kami tiba di tempat kerja…palang turun tiba2 selepas di buka..dan menyebabkan salah seorang dari kami jatuh di timpa palang..dan yang lebih sedih..kami dikatakan tidak baca notis dan lebih garisan kuning sbb tu palang jatuh…sangat sedih bila pihak berkenaan berikan respon begitu selepas kejadian ini..adakah benar kami yg bersalah?..anyone boleh tolong explain kan..#CapCut ♬ original sound – sbrynaa