Lelaki miliki 3,615 telefon bimbit

3615 telefom bimbit ragam

Wences Palau Fernandez memiliki sebanyak 3,615 telefon bimbit. – Guinness Worlds Records

MADRID – Seorang lelaki Sepanyol memecahkan rekod dunia kerana memiliki 3,615 telefon bimbit edisi terhad yang jarang ditemui, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Koleksi tersebut dimiliki oleh seorang peminat telefon bimbit dari Barcelona, Wences Palau Fernandez.

Ia terdiri daripada pelbagai jenama telefon bimbit yang dikumpulkan sejak tahun 2008, selepas Fernandez menerima sebuah Nokia 3210 pada 1999 sempena Hari Natal.

“Dalam koleksi ini, saya mempunyai model yang sangat eksklusif dan sukar dicari. Koleksi semasa saya adalah hasil daripada ketekunan dan usaha kewangan.

“Ia masih belum lengkap tetapi saya akan kembangkannya selagi boleh,” kata Fernandez.

Dia ​​ juga memiliki koleksi Nokia 3220 Star Wars Episode III seperti versi Yoda, Starfighter, Obi-Wan Kenobi, Cyborg dan Padawan. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *