13 Ketua Cabang PKR Di Kelantan Sokong Nurul Izzah Tanding Timbalan Presiden

9efd2232d7f36cdea95085efce768372681b729c1e496Nurul Izzah Anwar –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA BHARU, 7 Mei (Iteenews) — Sebanyak13 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu bagi sesi 2025-2028.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata sokongan itu diberikan kerana Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKRmerupakan pemimpin berpengalaman dan kelebihan itu mampu memperkukuhkan lagi parti.

"Melalui pengalaman beliau (Nurul Izzah) selama lebih 25 tahun dalam politik serta keperibadiannya sentiasa bersama akar umbi, ia dapat membantu parti ke arah hala tuju lebih berkesan dalam menghadapi suasana politik yang semakin mencabar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata 13 ketua cabang yang memberi sokongan kepada Nurul Izzah adalahTanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Ketereh, Pasir Puteh, Machang, Kubang Kerian, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR dan ketua-ketua cabang parti itu dari beberapa negeritermasuk Johor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Selangorsecara terbukamenyatakan sokongan terhadap pencalonanNurul Izzah untuk bertanding jawatanTimbalan Presiden.

Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK Pusat dan Wanita Pusat akan berlangsung selama dua hari bermula esok secara dalam talian.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei.

Sementara itu di SABAH,seramai 21 ketua cabang PKR menyatakan sokongan dan menyifatkannya sebagai tokoh wanita muda yang berprinsip, berwibawa serta berpengalaman lebih dua dekad dalam perjuangan reformasi.

Ketua cabang yang terlibat ialah Kota Belud, Sepanggar, Kudat, Kinabatangan, Penampang, Kota Marudu, Kota Kinabalu, Kimanis, Sandakan, Tawau, Beaufort, Ranau, Papar, Beluran, Libaran, Pensiangan, Silam, Sipitang, Batu Sapi, Tenom dan Kalabakan.