PONTIAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup selama dua penggal, Jamilah Endan meninggal dunia di Hospital Pontian, di sini petang ini.
Allahyarham Jamilah merupakan bekas ADUN Kukup selama dua penggal dari tahun 1999 hingga 2008.
Menurut anak ketiganya, Norazrin Amir Hamzah, ibunya yang berusia 81 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-parunya.
Sebelum ini Allahyarham Jamilah dimasukkan ke Hospital Pontian di sini pada 3 Mei lalu.
“Ibu meninggal dunia pada pukul 5.50 petang ini,” katanya ketika ditemui Unit Forensik, Hospital Pontian tadi.
Jenazah Jamilah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Rambah selepas dimandi dan dikapankan di Hospital Pontian malam ini. Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat zuhur esok di Wakaf Masjid Jamek Kampung Rambah. – https://amiminerals.org/