Aduh! Apa nak jadi Amir Ahnaf?

AMIR AHNAF KAHAR 2 e1723939875968

AMIR masih mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung dakwaan kaki perempuan.

KETIKA tumpuan diberikan terhadap cerita Allahyarham Nidza Afham, terselit pula kontroversi mengenai pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf.

Sakit kepala juga Diva baca tentang setiap pendedahan beberapa wanita dalam media sosial.

Ada yang mengaku teman wanita, bekas kekasih dan sebagainya. Pelik juga, ketika ini ramai pula yang nak mengaku pernah menjalin hubungan dengan Amir.

Disebabkan itu, macam-macam kecaman menghujaninya termasuk dakwaan kejutan budaya dan sebagainya. Ada yang cakap Amir lupa asal-usul sebab lalai dengan keseronokan dunia. Pedas betul komen macam itu.

Mungkin ada pergerakan menjatuhkan Amir ketika ini? Risau juga sebab Amir pun bakal muncul dengan filem Kahar: Kapla High Council sekitar November depan, harap tak beri impak besarlah ya.

Tak mengapalah Amir, Diva rasa minta maaf sahaja sebab orang Malaysia memang jenis pemaaf dan cepat melupakan terutama peminat wanita.

Harap tiada lagilah pelakon lelaki baharu yang akan muncul dengan kontroversi begini. Buruk portfolio jadinya.

DIVA: Berhentilah cetuskan spekulasi mengenai punca kematiana arwah Nidza Afham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *